Sekilas Kata

"SP bermaksud Simpang Pulai, terletak berdekatan dengan Plaza Tol PLUS Simpang Pulai, atau lebih kurang 10 km jaraknya. SP Guest House adalah sebuah rumah singgahan untuk disewa bagi mereka yang inginkan tempat rehat yang lebih damai dan aman. Jauh daripada kesesakan bandar tetapi mempunyai akses yang cepat ke bandaraya Ipoh serta tempat-tempat menarik yang lain"

Pengenalan

SP (Simpang Pulai) Guest House adalah sebuah homestay yang lengkap terletak di pinggir bandaraya Ipoh. 

Ini menawarkan suatu tempat untuk beristirehat dan juga persinggahan buat mereka yang ingin menjadikan Ipoh dan kawasan sekitar sebagai destinasi pelancongan buat keluarga dan rakan-rakan.

Ia juga sebuah tempat yang sesuai bagi mereka yang memerlukan satu suasana 'getaway' dari kesibukan bandar seharian.

Simpang Pulai Guest House (SP Guest House) adalah sesuai untuk seisi keluarga, menawarkan segala keperluan untuk sebuah keluarga beristirehat. Apa yang ada di rumah, segalanya hampir boleh anda dapatkan di SP Guest House malah lebih lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...